..KASIH..
Jika semalam adalah hari sedihmu..
Maafkan, andai aku menjadi punca itu..
Tak mahu rasanya menatap wajah sendumu..
Bagai hilang segala senda tawa seperti selalu..
..KASIH..
Jika masih aku pemilik hatimu..
Ingatkan aku tentang hakmilik itu..
Bimbang nanti terlupa diri..
Tak tahu mengenang budi dan janji..
..KASIH..
Jika benar kau pemilik rusuk ini..
Hiasilah dirimu dengan pekerti terpuji..
Tidak dengan manis bicara janji..
Seorang wanita kepada lelaki..
..KASIH..
Jika kamu bukan pemilik rusuk ini..
Aku mahu kau pulangkan kembali..
Ku mohon padaMu TUHAN yang memberi..
Kikislah pesona dari kedua belah mata ku ini..
..KASIH..
Jika takdir milik kita..
Tetap jua kitakan bersama..
Kerana jodoh adalah rahsiaNYA..
Penguasa Segalanya..