About the Blog

::..Welcome..::

most welcome for those who'd visited here..thanks deeply..a lots.. so pada sesiapa yang belum singgah..cuba try dulu then bagi or kongsi idea-idea kan? hak3..semua dalam nieh cumer hobi..sekadar mengisi masa lapang melayan kerenah kepala otak yang cambest nieh dengan entry2 kosong..memang xder bakat sebagai blogger..kui.kui.. :)

Robot Cinta

Robot Cinta
Mencari Definisi

Blog

May 3, 2011

tanya sama hati..

0 comments
ada apa dalam hati ?




mcm2 yang ader..semuanya terdetik dari hati..bermula dgn niat..erm..dimana hati mampu mengubah dari segi baik buruk sesuatu. Hati, adakalanya runsing, resah gelisah, untuk apa? dan sebab apa?, ia nya hati..hanya itu sebabnya. Hati bisa menukar suka jadi benci, marah menjadi sayang, rindu menjadi dendam. Jangan terlalu menurut kata hati, aku tak mahu kau mati, jgn kau ikutkan rasa takut nanti kau binasa, Tuhan mencipta akal buatmu, berfikir, menilai dan membuat sesuatu keputusan, namun masih wujudnya si ragu-ragu, kau xharus begitu wahai hati, sentiasa lah berasa tenang, kau sentiasa dekat dengan aku, memang harusnya begitu, wahai hati, bahagiakah kau disamping aku? sedang aku sentiasa menurutimu, kadangkala lebih berpihak pada akal, bukan menyangkal. Wahai hati, bisakah kau sampaikan sejuta rasa ini pada dia?, adakah kau mampu untuk jujur, ikhlas? jawab tanya aku. Mungkin kau merasai semua tapi tidak menzahirkan satu antaranya.

ada RINDU dalam hati..
semakin jauh kamu, makin sunyi aku, bila dekat kamu, seolah-olah aku tak mahu bertemu, semakin kau hilang, saat tu aku mula mencari, mungkin takut melihat kau pergi..ini adalah rinduku, berbeza dari orang lain itu yang membezakan aku dimata kamu, menyangkal semua yang kau mahu percaya..tapi jangan mengabadikan aku dalam hatimu, kerana aku hanya manusia biasa, tak punya kelebihan semata2, tetap melaku salah yang sama, jangan tempatkan aku dalam hatimu, cukup sekadar ada aku sebagai teman hayatmu..selamanya itu tak lama untuk aku rasakan sudah lama dgn kamu, 

ada KASIH dalam hati..

Hari2 yang datang terasa segar keranaMU Ya Allah..mengurniakan jasad yang masih berupaya kepada ku..SYUKUR..bukakalah pintu keampunanmu padaku..

Mengenal itu adalah detik bermulanya suatu kemesraan, yang berlangsung adalah suatu perhubungan dan pengakhirannya pada Takdir, ajal, maut, dan jodoh pertemuan. aku mencari wanita, yang arif memahamiku,sentiasa ada zahir batinku, susah senang, suka duka, tangis tawa, indah bahagia. Kau adalah anugerah terindah yg aku punyai waktu aku di dunia ini, dan kau harus ada sentiasa menemani setiap mimpi dan nyata. Kau juga sebahagian dari nafas yang aku nikmati ke saat ini, ini apa yang aku rasa, ini juga apa yang hati berahsia, Kau ada jawapannya. "KASIH" ini adalah satu impian yang telah aku garapkan untuk menjadi hiasan hari kita bersatu. Hati ini telah kosong, jadi kau lah perhiasan indah yang aku harapkan. Terima aku atas keikhlasanmu, bukan kerana siapa aku. Kerana kita telah ditakdirkan bertemu, bercinta, derita bahagia. Aku tak mampu menjanjikan sesuatu yang aku tak punya, namun cukup untuk kau tahu kau begitu bermakna.


ada BENCI dalam hati..


Dengan segala kelebihan terpaut suatu kelemahan, hati ini tidak lengkap tanpa " BENCI " aku benci kamu hanya satu ungkapan, mainan pahlawan yang bersenjatakan kata dan pena untuk berbahasa. Jangan sesekali kau membenci aku atas kelemahan, kerana itu sebahagian dari aku yang tak kan pernah sempurna. Jangan juga kau membenci aku atas perbuatan, kerana setiap kesalahan perlukan kemaafan, peluang untuk perubahan. Buang segala dendam antara kita, agar kita bisa tersenyum bila kita bertemu nanti, padamkan aku dari senarai hitam kebencianmu. Agar kau dan aku bebas dari kekeliruan soal berkaitan. Maaf, bagi semua yang aku lakukan zahir batinmu, ku mohon maaf juga bagi semua yang aku endahkan. Bukan niat paksaan untuk berjauhan, cuma kerana kau dan aku tidak punya persefahaman. Aku tak mahu membencimu dan tak mahu juga kau membenci aku, kerana setiap zarah-zarah tubuh ini yang dicipta oleh-Nya bukan la untuk diperlakukan begitu. Hadapi setiap dugaan ini dengan tenang, kerana semua yang berlaku adalah pengalaman paling manis yang mendewasakan kita. Hati terdetik, akal menyangkal. 


Kau dan aku mungkin berbeza namun yg pasti kita jua manusia, bernafas dengan hembusan udara yang sama, berpijak dibumi yang sama, tetap jua memandang bulan dan bintang yang serupa, dibawah langit yang indah birunya. Tetap jua punya hati yang sentiasa penuh segala rasa. Namun ku mohon PadaMu YA ALLAH, andai kiranya dia yang telah kau ciptakan untukku, lindungilah kami dengan keberkatanMU, Limpahilah kami dengan nikamatMU yang MAHA KAYA, tetapkanlah kami dijalan yang diredhai olehMU YA ALLAH. Padamu kekasih, aku zahirkan lingkaran hangat asmara melewati hari-hari indah bersamamu, tetaplah kau disisi sampai aku mati, andai takdir memisahkan relakan aku pergi, kerana kau harus tau, kau juga pasti pergi dan xkan datang lagi disini, apa yang tinggal hanya sisa kenangan. tetap indah walau menyakitkan, tetap manis sungguhpun hati rasa bagai dihiris dan ditikam pedih. Andai satu masa nanti kita berjumpa, senyum pada aku, jgn kau ragu, sekalipon kita tak bersama, namun kau pernah ada dgn aku, begitu juga aku..ada untukmu, kau adalah sahabat, kau adalah kekasih, kau juga adalah musuh, racun berpenawar.
Read more

Search

Followers

kanvasletrik. Powered by Blogger.